Wednesday, 15 August 2018

القوالب اللغوية (al-qawalib lughawiyyah)

setelah kalian mengetahui dan memahami perkara-perkara asas di dalam Bahasa Arab yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan huruf, kita boleh mengaplikasikannya di dalam al-qawalib lughawiyyah iaitu asas binaan ayat. di antara asas binaan ayat terdiri daripada jumlah Ismiyyah (ayat yang bermula dengan kata nama) dan jumlah fi'liyyah (ayat yang dimulai dengan kata kerja).

Binaan ayat Bahasa Arab dari Jumlah Ismiyyah:

1) الاسم + الاسم : kata nama + kata nama
   
    contoh- عم + كريم : pakcik + mulia = pakcik yang mulia

2) الاسم+ الفعل : kata nama + kata kerja

     contoh- احمد + يكتب : Ahmad + menulis = Ahmad menulis

3) الاسم  + الحرف + الاسم : kata nama + huruf + kata nama

     contoh- المعلم + في + المدرسة: guru + di  +  sekolah = guru di sekolah

4) الاسم + الفعل + الحرف + الاسم: kata nama + kata kerja + huruf + kata nama

contoh- محمد + يدرس + في + المكتبة : Muhammad + belajar + di + Perpustakaan
                                                       = Muhammad belajar      di Perpustakaan

Tuesday, 14 August 2018

(الحرف) HURUf

الحرف (huruf) ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan kedudukan sesuatu benda atau orang.























(الاسم الإشارة) KATA TUNJUK

الاسم الاشارة (kata tunjuk) adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan lokasi benda. Ia terbahagi kepada 2: للقريب (dekat) للبعيد (jauh). Berikut adalah pembahagian kata tunjuk mengikut jenis-jenisnya.











Wednesday, 11 July 2018

Latihan 1

Pada siri yang lalu,  saya telah menerangkan tentang kata nama dan kata kerja di dalam Bahasa Arab.  Jom kita uji minda dan kefahaman kita berkaitan topik ini.  Sila lihat video ini dan jawab soalan telah disrdiakan di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=7vb0OsPenyg


latihan:

kelaskan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam video sebentar tadi  kepada al-Ismu (kata nama) dan al-fi'lu (kata kerja). selamat mencuba 👍👍👍👍

KATA KERJA (al-afa'l) Siri 2

pada siri yang lalu ustazah sudah menjelaskan tentang makna kata kerja, pembahagian serta contoh-contohnya.. masihkah kalian ingat berapa bahagian kata kerja yang ada di dalam mata pelajaran Bahasa Arab?

Untuk pengetahuan kalian, Tasreef Afaal merupakan salah satu tajuk Kaedah Nahu bagi silibus mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah aliran Kurikulum Bersepadu Dini. Walaupun begitu, Tasreef Afaal ini merupakan satu keperluan yang mesti dikuasai oleh semua pelajar yang mempelajari Bahasa Arab tanpa mengira tingkatan atau peringkat umur. Pada siri kali ini ustazah ingin mencadangkan beberapa video untuk memudahkan kalian menghafaz tasreef kata kerja ini.


lihat Pautan ini:



1)  https://www.youtube.com/watch?v=dsKOqxTHWsc




2)  https://www.youtube.com/watch?v=SzZQsWY762s




3) https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=8VzZE-1H2dI



Latihan:

Senaraikan 10 kata kerja dalam Bahasa Arab yang kamu ketahui.  🐸🐸

KATA KERJA (Al-afa'l ) Siri 1

Anda sudah pelajari tentang kata kerja kan... cuba beritahu ustazah, berapa jenis kata kerja yang ada dalam Bahasa Arab?

Kata kerja dalam bahasa Arab lazim disebut dengan istilah fi'il. Dan menurut waktu kejadiannya, fi'il sendiri dikelompokkan ke dalam tiga jenis; fi'il maadhi, fi'il Mudhori' dan Fi'il Amri. Adapun penjelasannya adalah sebagai berikut:


  1. Fi'il Maadhi adalah kata-kata bahasa Arab yang menunjukkan pekerjaan yang dilakukan di masa yang lampau seperti فعل (telah berbuat ) أكل (telah makan) dll. 
  2. Fi'ilMudhori' adalah kata-kata bahasa Arab yang menunjukkan pekerjaan yang dilakukan di masa sekarang atau yang akan datang seperti يفعل (sedang berbuat ) أكلي (sedang makan) dll.
  3. Fi'il Amri adalah kata-kata bahasa Arab yang digunakan untuk memerintah/meminta seseorang untuk melakkan pekerjaan di masa yang akan datang seperti أفعل (kerjakanlah) كل (makanlah)










KATA NAMA (الإسم)

Semestinya antum semua sudah mempelajari tentang topik kata nama,  bukan?  Jom ulangkaji topik ini agar kita boleh membezakan kata nama dengan yang lain... 💁💁💁💁

Isim atau kata nama adalah sesuatu yang tidak melibatkan masa. ia terdiri daripada manusia, benda, tumbuhan, tempat dan lain-lain... ia melibatkan jantina (muzakkar/lelaki dan muannas/perempuan) dan kuantiti (mufrad (tunggal) , musanna (2 kuantiti) , dan jamak(ramai atau banyak lebih dari 3 kuantiti).

Setiap benda di dunia ini ada kriteria-kriteria tertentu untuk mengenalinya.  Begitu juga,  kata nama.  Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan kata nama.

Kata Nama dalam Bahasa Arab mempunyai beberapa tanda :
  1. Ada ( ال) di awal perkataan    :المدرسة
  2. Ada tanwin                                  :طالب
  3. Kata Nama secara amnya tidak didahului dengan huruf-huruf tambahan yang terdapat di dalam Kata Kerja seperti:  (  أ / ن / ي / ت ) contoh: يدرس
  4. Selain Kata Nama dengan tanda seperti di atas, الضمير  juga tergolong dalam Kata Nama contoh: كتابه، هو، نحن
  5. Kata Nama juga tidak terikat dengan masa atau tempoh tertentu.  
lihat pautan di bawah untuk penjelasan lanjut:



1) http://arabmykrk.com/belajar-bahasa-arab-2/%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%AD%D9%88-nahwu-nahu-arabic-grammar/%D9%86%D8%AD%D9%88nahu-kata-nama-mufrad-muthanna-dan-jama.html




2) http://www.sabah.edu.my/csm001/kenalkatanama.htm

*isim (kata nama)



https://www.youtube.com/watch?v=yKHiMW_1y5s


*isim mufrad, musanna, jamak



https://www.youtube.com/watch?v=2PVZoDyzyNk




*jamak itu apa?



https://www.youtube.com/watch?v=Vwqos-3s2zA


*kata ganti nama (Adhomair) juga termasuk dalam isim.



https://www.youtube.com/watch?v=Y57AXKZ-0VE





latihan:

Senaraikan seberapa banyak kata nama yang kamu ketahui dan sebutkan di sini. 👸👸



القوالب اللغوية (al-qawalib lughawiyyah)

setelah kalian mengetahui dan memahami perkara-perkara asas di dalam Bahasa Arab yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan huruf, kita bo...