Wednesday, 15 August 2018

القوالب اللغوية (al-qawalib lughawiyyah)

setelah kalian mengetahui dan memahami perkara-perkara asas di dalam Bahasa Arab yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan huruf, kita boleh mengaplikasikannya di dalam al-qawalib lughawiyyah iaitu asas binaan ayat. di antara asas binaan ayat terdiri daripada jumlah Ismiyyah (ayat yang bermula dengan kata nama) dan jumlah fi'liyyah (ayat yang dimulai dengan kata kerja).

Binaan ayat Bahasa Arab dari Jumlah Ismiyyah:

1) الاسم + الاسم : kata nama + kata nama
   
    contoh- عم + كريم : pakcik + mulia = pakcik yang mulia

2) الاسم+ الفعل : kata nama + kata kerja

     contoh- احمد + يكتب : Ahmad + menulis = Ahmad menulis

3) الاسم  + الحرف + الاسم : kata nama + huruf + kata nama

     contoh- المعلم + في + المدرسة: guru + di  +  sekolah = guru di sekolah

4) الاسم + الفعل + الحرف + الاسم: kata nama + kata kerja + huruf + kata nama

contoh- محمد + يدرس + في + المكتبة : Muhammad + belajar + di + Perpustakaan
                                                       = Muhammad belajar      di Perpustakaan

No comments:

Post a Comment

القوالب اللغوية (al-qawalib lughawiyyah)

setelah kalian mengetahui dan memahami perkara-perkara asas di dalam Bahasa Arab yang terdiri dari kata nama, kata kerja dan huruf, kita bo...