Pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan oleh ilmuan untuk membina ayat arab yang mudah. Sebelum mengetahui Formula yang akan di cadangkan, pada hemat saya pelajar hendaklah mengetahui definisi pelbagai pecahan dalam Ilmu Nahu Bahasa Arab. Di antaranya:
1)الأسماء (Kata Nama)
* Kata Nama adalah apa sahaja yang tidak melibatkan masa.
* ia terbahagi kepada manusia, haiwan dan benda.
*Ia terbahagi kepada Kata Nama Am (اسم جنس) Kata Nama Khas (اسم علم).
*Kata Nama juga terbahagi kepada lelaki (المذكر) dan perempuan (المؤنث). Ia juga berubah mengikut kuantiti satu (المفرد) dua (المثنى ) 3 ke atas (الجمع).
contoh:
الطالب، الكتاب، المرأة، الجاموس، البيت، السيارة، المدرسة
latihan:
Senaraikan kata nama yang kamu ketahui sebanyak yang mungkin.
إلى اللقاء- مع السلامة 😎